Tuesday, April 19, 2011

TV punca penyakit jantung?


Kanak-kanak terlalu tonton televisyen terdedah risiko penyakit jantung



SYDNEY: Kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa menonton televisyen boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis apabila dewasa, kata satu kajian di Australia, hari ini.

Dalam kajian pertama di dunia itu, University of Sydney mendapati kanak-kanak enam hingga tujuh tahun yang terlalu paling banyak menonton televisyen akan mendedahkan mereka dengan penyakit arteleri.

Keadaan itu akan meningkatkan peluang mereka untuk dijangkiti penyakit jantung, tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak.
Kajian itu menemurahah 1,500 orang pelajar enam dan tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney. Purata, pelajar menghabiskan masa 1.9 jam sehari menonton televisyen dan 36 minit sehari untuk latihan fizikal. - AFP

No comments:

Post a Comment