Thursday, April 14, 2011

Penyakit kritikal paling kerap di malaysia


1.Strok / Angin ahmar

http://www.massagetoday.com/content/images/lynda1_1904_1_1_8190.jpg

  • Strok meupakan pembunuh keempat rakyat Malaysia.
  • Kadar peningkatan sebanyak 300% di kalangan rakyat negara ini iaitu 17,909 pada tahun 2005 kepada 52,000 pada tahun 2006.
  • Lebih 90% daripada mangsa strok meninggal dalam tempoh sebulan.


2.Kanser Payudara

http://img.youtube.com/vi/AHJqXrk3-x0/0.jpg

  • Kanser paling biasa keseluruhannya dan paling biasa di kalangan semua wanita berumur 20 tahun bagi tahun 2002 dan 2003
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
  • Agensi Antarabangsa Globocan yang melakukan penyelidikan kanser pada tahun 2000 melaporkan 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.
  • Globocan menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.


3.Diabetes / Kencing Manis

http://thefootblog.files.wordpress.com/2006/11/gangrene1.jpg

  • Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
  • Malaysia pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun.
  • Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
  • Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
  • Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit
  • Orang yang menghidapi kencing manis berisiko menghidapi penyakit kebas kaki, buah pinggang rosak, stroke, sakit jantung dan rosak deria penglihatan 200% lebih tinggi daripada orang yang bebas diabetes.


4.Sakit Jantung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj89xREO3eCT7SJpBIqrQCQwTUitZxlT6y-ir0Un30VwsmYDf88olN7eYsvovB0RF0_WyZFoO9PGUsknB9ZlaswLUkyRsb-wHaxqn2Bo8_gpxeLpCyZYoIcRw1wKLDHF8jbB3VC5vQ3aU4/s320/sakit-jantung-202x300.jpg

  • Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung
  • Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
  • 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.
  • Ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.
  • Kadar kematian akibat serangan jantung adalah 8.89 orang bagi setiap 100,000 penduduk negara ini.
  • Data membuktikan bahawa 38 peratus wanita berbanding 25 peratus lelaki meninggal dunia satu tahun selepas serangan jantung yang pertama.


5.Obesiti

http://indignet.files.wordpress.com/2009/08/obesity_picture_small1.jpg

  • Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
  • Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
  • Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


6.Gout

http://www.healthinplainenglish.com/health/musculoskeletal/gout/gout-surgery.jpg

  • Gout berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh.
  • Selain kesakitan yang amat sangat pada sendi, sesetengah pesakit berkemungkinan menghadapi masalah pembentukan batu karang pada buah pinggang.

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia



10. Botak
Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.


9. Lactose Intolerance
Tidak boleh minum susu.


8. Jerawat
Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.


7. Mempunyai Kembar
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi sosial anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)


6. Penyakit Jantung
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.


5. Obesity
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.


4. Buli
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.


3. Buta Warna
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.


2. Kanser Payudara
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.


1. Alcoholism
50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi di negara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

Sistem anatomi manusia


Anatomi manusia


Gambar gabungan anatomi lelaki dan wanita
Anatomi manusia atau antropotomi ialah sebuah bidang khusus dalam anatomi yang mempelajari struktur tubuhmanusia, sedangkan jaringan dipelajari di histologi dan sel disitologi.
Tubuh manusia, seperti tubuh haiwan, terdiri atas sistem, yang terdiri atas organ-organ, yang terdiri atas jaringan, yang terdiri atas sel.
Lihat sejarah anatomi untuk sejarah anatomi, termasuk anatomi manusia.

Sistem tubuh manusia

Diagram anatomi manusia


Skeletal System
Skeletal
Digestive System
Digestive
Muscular System
Muscular
Lymphatic System
Lymphatic
Endocrine System
Endocrine
Nervous System
Nervous
Cardiovascular System
Cardiovascular
Male Reproductive System
Male Reproductive
Female Reproductive System
Female Reproductive
Urinary System
Human body features-nb.svg
Diagram anatomi manusia
1. Kepala
2. Wajah:Dahi, Mata, Telinga, Hidung, Mulut, Lidah, Gigi,Rahang, Pipi, Dagu
3. Leher, Tenggorok, Jakun
4. Bahu
5. Dada, Buah dada, Tulang rusuk
6. Pusat
7. Perut, Pinggul
8. Organ seks
9. Penis/Skrotum atau Klitoris/Vagina

10. Paha
11. Lutut
12. Betis, tulang kering
13. Pergelangan kaki
14. Telapak kaki, Tumit, Jari kaki

15. Lengan
16. Siku/sikut
17. Pergelangan tangan
18. Telapak tangan, Jari tangan (Ibu jari, telunjuk, tengah,manis, kelingking


Organ dalaman

Adrenalin - Appendiks - Duodenum - Esofagus - Ginjal -Hati - Jantung - Kandung empedu - Kandung kemih -Kulit - Kunci paha - Limpa - Mata - Otak - Ovarium -Pankreas - Paratiroid - Paru-paru - Lambung - Pituitari -Prostat - Rahim - Thymus - Tiroid - Usus - Vena - Zakar


Anatomi otak

AmygdalaBatang otakCerebellumKorteks serebralHipotalamusSistem limbikmedullaotak tengahKelenjar pituitaripons
Lihat juga: Otak manusia, Daftar region dalam otak manusia


Belajar anatomi manusia

Beberapa profesion, khususnya kedoktoran dan fisioterapi, memerlukan kajian anatomi manusia secara mendalam. Buku teks biasanya membahagikan tubuh ke dalam kelompok region berikut ini:
Berkas:Diagram of human skin.jpg
  • Diagram kulit manusia.
    Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Kulit berfungsi sebagai alat ekskresi kerana adanya kelenjar peluh (kelenjar sudorifera) yang terletak di lapisan dermis.

    Epidermis

    Epidermis tersusun atas lapisan tanduk (lapisan korneum)dan lapisan Malpighi. Lapisan korneum merupakan lapisan kulit mati,yang dapat mengelupas dan digantikan oleh sel-sel baru. LapisanMalpighi terdiri atas lapisan spinosum danlapisan germinativum.Lapisan spinosum berfungsi menahan gesekan dari luar. Lapisangerminativum mengandung sel-sel yang aktif membelah diri, mengantikanlapisan sel-sel pada lapisan korneum.Lapisan Malpighi mengandung pigmen melaninyang memberi warna pada kulit.

    Dermis

    Lapisan ini mengandung pembuluh darah, akarrambut,hujung saraf,kelenjar peluh dan kelenjar minyak. Kelenjar peluh menghasilkan peluh. Banyaknya peluh yang dikeluarkan mencapai 2.000 mlsetiap hari, bergantung pada keperluan tubuh dan pengaturan suhu. Peluh mengandung air, garam, dan urea. Fungsi lain sebagai alatekskresi adalah sebagai organ penerima rangsangan, pelindung terhadapkerosakan fisikal, penyinaran, dan punca penyakit, serta untuk pengaturansuhu tubuh.

  • Pada suhu tinggi (panas), kelenjar peluh menjadi aktifdan pembuluh kapilari di kulit melebar. Melebarnya pembuluh kapiler akanmemudahkan proses pembuangan air dan sisa metabolisme. Aktifnyakelenjar peluh mengakibatkan keluarnya peluh ke permukaan kulitdengan cara penguapan. Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulitturun sehingga kita tidak merasakan panas lagi. Sebaliknya, ketika suhu rendah, kelenjar peluh tidak aktif dan pembuluh kapilaridi kulit menyempit. Pada keadaan ini darah tidak membuang sisametabolisme dan air, akibatnya penguapan sangat berkurang, sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak mengalami kendinginan. Keluarnya keringat dikawal oleh hipotamulus.

Bekam al-hijamah



KELEBIHAN-KELEBIHAN BERBEKAM

“Penyembuhan itu ada dalam 3 perkara : sayatan bekam, minum madu ataupun sundutan dengan api. Namun aku melarang umatku melakukan sundutan dengan api.” (Bukhari)

“Sesungguhnya di dalamnya (berbekam) ada penyembuhan.” (Bukhari, Muslim & Ahmad)

“Sesungguhnya kaedah pengubatan kalian yang paling sesuai adalah bekam, dan menggunakan al-qustul bahri.” (Bukhari & Muslim)

“Kalaulah dalam sesuatu dari apa yang kalian gunakan untuk berubat adalah baik, maka perkara itu ialah bekam.” (Abu Daud)

Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan ialah dengan berbekam.” (Ahmad)

“Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata : “Ya Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (Ibnu Majah & Turmizi)

“Kalaulah dalam sesuatu antara ubat-ubat kalian ada penyembuhan, maka hal itu ada pada sayatan alat bekam ataupun sundutan dengan api, tapi aku tidak suka sundutan dengan api.” (Bukhari)

“Aku diberitahu Jibril bahawa bekam ialah kaedah pengubatan yang paling bermanfaat kepada manusia.” (... Sahihul Jami’)

“Telah datang seorang sahabat kepada Rasulullah dan mengadu bahawa diasakit kepala, maka Rasulullah bersabda : “ Berbekamlah kamu.” (Abu Daud & Al-Hakim)

WAKTU TERBAIK UNTUK BERBEKAM

“Waktu yang paling baik untuk kalian melakukan bekam ialah pada tanggal 17, 19 dan 21.”( ... Tibbun Nabawi)

“Barangsiapa melakukan pengubatan pada tanggal 17, 19 dan 21, maka akan menjadi penyembuhan dari segala penyakit.” (Turmizi)

“Berbekamlah kamu pada hari Isnin dan Selasa, dan janganlah kamu berbekam pada hari Rabu.” (Ibnu Majah)

Pada waktu-waktu lain pun boleh berbekam.

PENTING

1. Sekiranya pesakit mengalami tekanan darah rendah, hendaklah dibekam satu satu cawan. Jangan gunakan banyak cawan sekaligus.

2. Jangan bekam kawasan luka, bekam di sekitarnya sahaja.

3. Jangan berbekam ketika sedang kenyang ataupun ketika terlalu lapar.

4. Jika pesakit berasa pening ataupun pitam, berikan air manis/ madu.

5. Jika pesakit pengsan (ini jarang berlaku), baringkannya dan sapu lehernya dengan minyak. Kakinya ditinggikan. Boleh juga tekan di bawah hidungnya, ciumkan wangian ataupun tekan daerah refleksi di kakinya.

6. Sebaik-baiknya pesakit didiagnos dan diruqyah terlebih dahulu kerana ada kalanya dia sakit kerana gangguan jin ataupun sihir.

7. Jangan bekam orang yang baru menjalani proses cuci darah akibat kerosakan buah pinggang.

8. Jangan bekam pesakit yang berdarah cair.

9. Jangan bekam wanita yang sedang banyak darah haid/ nifas.

10. Jangan bekam di tulang ekor.

11. Jangan bekam rahim wanita yang mengandung.

12. Untuk orang yang kejang, cukup dengan bekam angin.

13. Sebaik-baiknya di ruang yang tidak berdebu dan tidak berangin.

14. Minumkan air manis/ madu selepas berbekam.

15. Elakkan berjimak ketika hampir berbekam.

16. Lewatkan makan ataupun jimak selepas berbekam.

17. Bekam ulangan di tempat yang sama hanya selepas lebih kurang 1 bulan.

18. Jangan bekam pesakit HIV, AIDS atau pun Hepatitis kecuali oleh pembekam professional.

LEBIH PENTING

1. Allah yang menyembuhkan, bukannya rawatan bekam ataupun tukang bekam. Pesakit dan pembekam hanya berusaha, Allah yang menentukan kesembuhannya.

2. Pesakit dan perawat hendaklah berdoa sebelum, semasa dan selepas berbekam.

ALATAN

1. Cawan bekam.

2. Penyedut angin (pam vakum)

3. Pisau/ jarum penyayat.

4. Sarung tangan.

5. Tisu.

6. Plastik.

7. Minyak but but.

8. Minyak penawar racun.

9. Madu.

10. Air kosong.

11. Topeng mulut.

12. Gunting.

13. Pisau cukur.

14. Clorox/ garam bukit.

TITIK SUNNAH BEKAM

‘Ala ra’sun (atas kepala)

“Sesungguhnya Nabi telah berbekam di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala.” (Bukhari)

Al-Akhda’in (tepi tengkuk) & kahil (tengah bahu)

“Sesungguhnya Rasulullah berbekam di al- Akhda’in dan kahil.” (Ahmad, Turmizi & Ibn Majah)

Al-kafitain (kedua-dua belah bahu)

‘Ala warik (pinggang)

“Nabi telah berbekam pada pinggangnya kerana sakit yang ditanggungnya.” ( Abu Daud)

‘Ala zohril qadami (betis dan kaki)

“Sesungguhnya Rasulullah berbekam di Malal (nama satu tempat antara Makkah dengan Madinah) pada betis baginda.” (Ahmad, Abu Daud, Turmizi)

TITIK TAK BOLEH DIBEKAM

1. Ulu hati

2. Hujung tulang ekor

3. Bawah telinga

4. Bawah ketiak

5. Kemaluan

6. Leher pada tenggorok

7. Bawah otak kecil.